Mereka bukan tiada rawatan… cuma rawatan tak pernah sampai..

Bayangkan mereka di kawasan pinggiran bimbang setiap hari tentang ni..

Lebih Teruk Lagi, Ini Bakal Berlaku Sekiranya Masalah Diatas Berlanjutan..

Bayangkan…

Seorang warga emas terlantar di rumah,

tidak mampu berjalan…

dan klinik terdekat 40 minit perjalanan jauhnya. 

Atau…

Komuniti pedalaman yang hanya menerima rawatan

sekali sebulan itupun jika bernasib baik. 

Atau mangsa banjir…

yang kehilangan segalanya, termasuk akses kepada rawatan asas.

Sedangkan Hakikatnya:

  • Ramai tidak mampu ke klinik

  • Ramai tiada pengangkutan

  • Ramai hanya menunggu… dalam kesakitan

Sebab tu Kami Jalankan Kempen "Mobile Clinic"

Sebab untuk pastikan semua orang, terutama yang kat pedalaman dan pinggiran bandar, dapat rawatan yang mereka perlukan. Kita nak bagi peluang kat semua, tak kira di mana pun mereka tinggal.

Mobile Clinic ialah klinik bergerak lengkap yang direka untuk membawa rawatan terus ke komuniti yang memerlukan..

Bukan sekadar seorang dua yang telah pihak kami bantu, dah Kami Datang Kepada Mereka di pedalaman yang telah kami bantu menjayakan program ini.

Kami sasarkan selepas ni program bantuan rawatan ni akan dijalankan di :-

✔ Perkampungan orang asli

✔ Lokasi perkampungan yang jauh dari klinik kesihatan kerajaan

Dalam Masa Beberapa Bulan Sahaja, Mobile Clinic telah ...

  • Puluhan Gelandangan Menerima Rawatan Secara Konsisten

    Program di Chow Kit telah membantu lebih 60 individu gelandangan dengan rawatan asas, saringan kesihatan dan ubat-ubatan termasuk pesakit berulang yang kini lebih sedar tentang kesihatan mereka

  • Lebih 100+ Keluarga Komuniti Pedalaman Dibantu

    Mobile Clinic berjaya menembusi kawasan sukar akses dan memberi rawatan kepada lebih 100 keluarga Orang Asli dalam beberapa siri outreach termasuk kawasan yang mengambil masa sehingga 40 minit ke klinik terdekat.

  • 13+ Lawatan Rawatan Ke Rumah Pesakit Terlantar

    Pasukan kami telah menjalankan lebih 13 sesi rawatan ke rumah, membantu pesakit kronik, warga emas dan OKU yang langsung tidak mampu ke klinik

  • Intervensi Kecemasan Dalam Situasi Bencana

    Mobile Clinic dikerahkan ke kawasan banjir di Johor & Selangor, menyediakan :
    • Bantuan makanan
    • Pemeriksaan kesihatan segera
    • Rawatan di pusat pemindahan
    • Memberi rawatan ketika saat paling kritikal.

  • Menyokong Acara Besar Dengan 3,000+ Kehadiran Sehari

    Semasa Ramadan Bazaar di Shah Alam, pasukan Mobile Clinic standby untuk anggaran 3,000 pengunjung sehari, merawat sekurang-kurangnya 15 kes kecemasan seperti pitam, dehidrasi dan keletihan.

  • Kolaborasi Dengan Universiti & Sukarelawan Perubatan

    Program ini melibatkan pelajar perubatan dari:
    • Universiti Putra Malaysia (UPM)
    • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
    • Universiti Malaya (UM)

    Secara tidak lansung membina ekosistem future humanitarian medical force

Di Sebalik Setiap Rawatan, Ada Cerita

“Saya dah lama tak jumpa doktor sebab tak boleh bergerak…

Mobile Clinic datang ke rumah saya, rawat saya, dan bantu saya teruskan hidup.”

Puan Fatimah

Pesakit Bedridden

Siapa Heart Space ni ?

HeartSpace adalah sebuah organisasi kemanusiaan bukan untung yang fokus kepada satu perkara yang sangat kritikal:

Memastikan semua orang  tanpa mengira latar belakang untuk mempunyai akses kepada rawatan kesihatan asas.

Kami wujud untuk menangani satu masalah besar yang sering terlepas pandang iaitu jurang akses kesihatan antara golongan mampu dan tidak mampu

HeartSpace kerap menganjurkan pelbagai program berfokuskan kesihatan dan kemanusiaan seperti klinik bergerak ke komuniti pedalaman dan bandar, saringan kesihatan awal bagi mengesan penyakit kronik, rawatan dan lawatan ke rumah pesakit terlantar, bantuan perubatan semasa bencana, serta program pendidikan kesihatan dan kesedaran awam, semuanya dilaksanakan secara turun padang bagi memastikan golongan rentan mendapat akses rawatan yang cepat, menyeluruh dan berterusan

Sijil pendaftaran Pertubuhan Heartspace dibawah Akta Pertubuhan Malaysia

Apa Kelebihan Kami Berbanding Lain ?

HeartSpace berusaha untuk menjadi lebih daripada sekadar sebuah NGO yang menjalankan program sukarelawan.

Sebab itu kami turun ke lapangan, membawa rawatan terus ke komuniti, dan memastikan tiada siapa yang terpinggir hanya kerana mereka tidak mampu

Kami percaya bahawa kekuatan dan keunikan kami terletak pada nilai tambah yang kami tawarkan, yang membezakan kami daripada organisasi lain. Antara nilai tambah yang boleh kami tawarkan termasuklah :

Mereka beroperasi sebagai “Humanitarian Medical Team”

HeartSpace adalah gabungan, Doktor, pegawai perubatan, Ahli Farmasi, pembantu kesihatan, Sukarelawan perubatan, Pasukan kemanusiaan (outreach), dan lain-lain

On-Ground Impact (Bukan Teori)

Kami sememangnya sudah berpengalaman Turun kawasan pedalaman, Rawat pesakit terlantar, Bantu mangsa bencana & menjalankan klinik untuk gelandangan.

Model Jangka Panjang (Bukan One-Off)

Kami bukan sekadar buat kempen, tapi kami juga bina Sistem komuniti, Klinik rujukan masa depan & pelan Infrastruktur kesihatan yang lebih mampan

Dengan kelebihan-kelebihan ini, kami yakin dapat memberikan impak yang lebih besar dan membantu lebih ramai orang di seluruh Malaysia.

Apa yang anda beri hari ini, mungkin menjadi sebab pertolongan Allah kepada anda nanti, seperti yang ditekankan oleh Nabi Muhammad SAW. Baginda bersabda:

“Allah akan sentiasa membantu hamba-Nya selagi hamba itu membantu saudaranya.”

-Hadith Riwayat Imam Muslim, Hadith No. 2699-

Hanya 3 Langkah Mudah 

Untuk menjadi sebahagian daripada yang menjayakan program Mobile Clinic :

Pilih Kuantiti Sumbangan Di Bawah

Isikan Maklumat Anda

Pilih Cara Pembayaran

PPM-030-10-23102019
admin@heartspace.my

Copyright © Pertubuhan Heartspace | All Right Reserved